5 Disember 2011 Alor Setar- Bertempat di Hotel Regency, Alor Setar telah berlangsung Majlis Pelancaran Skuad Liga Super Kedah dan jersi untuk musim 2011 yang ditaja oleh syarikat sukan Lotto. Editor hari ini ingin membuat rumusan yang menarik tentang ucapan Yang Berhormat, Dr Hj Hamdan Mohamed khalib, Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) ketika berlangsungnya majlis tersebut malam tadi.
- Tahniah kepada wira-wira Kedah yangg turut beraksi dengan skuad kebangsaan ketika menjulang Piala AFF Suzuki iaitu Amar Rohidan, Sabre Abu, Faizal Abu Bakar, Khyril Muhymeen dan Khairul Helmi Johari.
- Perlembaan baru bola sepak negara, presiden bola sepak negeri bukan lagi automatik kepada menteri besar atau ketua menteri tapi melalui pengundian di kongres masing-masing. Namun,, di KFA, jawatan untuk Presiden KFA disandang oleh YAB Menteri Besar Kedah selepas menang tanpa bertanding.
- YB Dr Hamdan menyeru supaya semua pihak bersikap profesional dalam menjalankan tugas iaitu dengan melakukan tugas dengan penuh berdisiplin tanpa melanggar perlembagaan.
Pendapatan KFA tahun lepas
- Penajaan PKNK = RM 3 juta
- Kutipan tiket = sekitar RM 1.8 juta
- Perbelanjaan skuad liga super = RM 3.9 juta
- Perbelanjaan skuad piala presiden = RM 549 ribu
- Media akan diberikan garis panduan supaya tidak bertanya soalan-soalan kepada pihak yang di luar bidang. Contohnya, jurulatih tidak boleh mengulas tentang isu pentadbiran sebaliknya hanya boleh memberi komen tentang pasukan. Hal ini kerana isu pentadbiran hanya boleh disampaikan oleh pihak pengurusan semata-mata.
Akhir kata YB, peminat kena setia, kalah atau menang, kena teruskan sokongan.
agaknya berapa banyak pulak penajaan yang skuad kenari dapat untuk musim ni ye....
ReplyDeleteberapa pulak jumlah kutipan tiket yang akan kenari kutip memandagkan trend menyokong pasukan negara yang semakin meningkat sekarang ni