Saturday, December 17, 2011

Surat Berantai (WAJIB BACA)

KISAH SURAT BERANTAI! HENTIKANNYA! IANYA KHURAFAT DAN BOLEH MENJATUHKAN MURTAD!

Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan KEBANYAKKAN SURAT BERANTAI ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.

Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967- hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979. Penjaga makam di Madinah ialah:

Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932),
anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932-meninggal dunia 1934),
adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan
anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al- Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979).
Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang kawannya. Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad).

Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini adalah "melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini". (Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil.7/78/I).

Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah, Perak.

Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini "termasuk dalam menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.". Lagipun,"surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan SHEIK AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda".

Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini "paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat. Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sadar si-pengirim."

Wassalam

sumber : wwwDOTzaharuddinDOTnet
youtube! : http://www.youtube.com/watch?v=q727YaEhR54

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
"Ada tiga perkara yang sukar untuk dielakkan , iaitu: bersangka buruk, tathayyur (sial menyial) dan hasad. Oleh karena itu kalau kamu bersangka buruk jangan kamu percayainya dan laksanakan, dan kalau merasa sial jangan berhenti (dari buat kerja yang dilakukan kerana terpengaruh), dan kalau kamu hasad, jangan lanjutkan." (Riwayat Thabarani)

Yang baik seperti 'di suruh solat dan sentiasa tak berhenti utk azan di bumi boleh di turuti, tapi memang tak logik la kalau tak sebarkan kpd 20 org kita akan di benci selama 40 tahun!' memang bodoh, banggang, dan haramjadah lah kpd sesiapa yang percaya suara dajjal keluar dari pusat bumi. Bodoh dan menyesatkan! Kalau nak suruh org buat amal kebajikan sekalipun, jgn lah sampai mempermainkan nama Allah SWT! Hentikan mesej berantai sepertidi bawah ini! -APiz-

CONTOH 1 - "read this!!!kepada semua yg brgelar umat islam hari ini pakar meteorologi mendapati suatu bunyi ganjil lagi seperti ngauman raksasa yg kedua kalinya dari bawah mantel bumi.menurut pada ulama itu suara dajjal yg berusaha naik ke bumi oleh itu kita dsuruh sentiasa tidak berhenti untuk azan dan solat,siapa yg membaca ini tolong sebarkn dan kirim pada 20 orang.jgn dpermainkan.lillahi taal dan demi allah ini amanah mu dalam waktu 12 jam tidak dikirimkan maka kamu akan mendapat musibah berupa dibenci akan sial smpi 48 tahun"

CONTOH 2 - "“ALLAH AKU CINTAI KAU DAN AKU PERLUKAN KAU…DATANGLAH KE HATIKU…”" KIRIM PADA 10 ORANG DAN LIHAT KEAJAIBAN MALAM INI, TOLONG JANGAN DELETE. IA BENAR2 TERJADI. INI SMS DARI IBU ALI SAID-JURU KUNCI SAYYIDA MAKKAH YANG BERMIMPI BERTEMU RASULULLAH SAW. BELIAU BERPESAN: KUATKAN AQIDAH DALAM IBADAH KERANA DUNIA INI SUDAH GOYAH DAN TUA. SEBARKAN SMS INI KE 10 MUSLIM INSYALLAH DLM WAKTU 10 HARI AKANDAPAT REZEKI BESAR DAN JIKA TIDAK DISEBAR TUNGGULAH KESULITAN YANG TIADA HENti”"

CONTOH 3 - "Ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad S.A.W. iaitu Sheikh Ahmad (Saudi Arabia) Pada suatu malam ketika hamba membaca Al-Quran di makam Rasulullah S.A.W. selepas membaca lalu hamba tertidur dalam tidur hamba bermimpi di datangi Rasulullah S.A.W. lalu bersabda kepada hamba dalam 60,000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun matinya dalam keadaan yang beriman.

a) Isteri tidak mendengar suami
Orang kaya tidak lagi bertimbang rasa kepada orang miskin
c) Orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.

Oleh itu wahai Sheikh Ahmad hendaklah kamu menyebarkan kepada orang Islam yakni supaya membuat kebajikan kerana hari penghabisan (Qiamat) akan tiba di masa bintang terbit dari langit. Sesudah itu pintu matahari akan turun di atas kepala.

Pesanan Hamba ini

a) BERSELAWATLAH kepada junjungan Nabi kita Muhammad S.A.W.
BERTAUBATLAH Dengan segera sementara pintu taubat masih terbuka.
c) BERSEMBAHYANGLAH Kamu sebelum kamu disembahyangkan
d) BERZAKATLAH Jangan tinggalkan
e) JANGAN MENDERHAKA KEPADA KEDUA IBU BAPA Hormatilah mereka.
f) MENUNAIKAN FARDU HAJI Bila berkemampuan.

UNTUK MAKLUMAT

1) Seorang saudagar dari Bombay telah menerima surat ini dan beliau telah mencetak sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain. Dia kemudiannya dianugerahi oleh Allah dengan mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaannya. Seorang hamba Allah telah menerima surat ini tetapi tidak mengindahkannya dan menganggap wasiat ini palsu. Maka selang beberapa hari kemudian anaknya meninggal dunia.
2) Tan Sri Ghazali Jawi, Bekas Menteri Besar Perak secara tidak langsung dipecat dari jawatannya kerana apabila menerima wasiat ini beliau terlupa mencetak sebanyak 20 salinan untuk disebarkan kepada orang lain tetapi beliau tidak menyedari kesilapannya lalu beliau mencetak semula wasiat ini dan terus mengirimkannya kepada orang lain dan selang beberapa hari kemudian beliau telah dilantik menjadi Menteri Kabinet Perdana Menteri.

3. Pada tahun 1977 Tun Dato' Mustafa bekas Ketua Menteri Sabah menerima surat ini kemudian mengarahkan setiausahanya mencetak sebanyak 20 salinan dan menghantar kepada orang lain maka selang beberapa hari kemudian dia telah mendapat hadiah pertama dari loteri Kebajikan Masyarakat Timur.

4. Zulfikar Ali Bhuto telah menerima wasiat ini dan tidak percaya akan kebenarannya dan menganggap palsu lalu dibuangkan kedalam tong sampah. Seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan hukuman pancung sampai mati.

5. Di Terengganu, seorang pekerja bengkel kenderaan telah menerima wasiat ini dari pengirim yang tidak dikenali yang datangnya dari Perak. Lalu beliau membuat cetakan sebanyak 20 salinan seperti yang dituntut. Alhamdulillah dia dianugerahkan oleh Allah seorang gadis yang berakhlak mulia sepertimana yang dituntut oleh Islam. Baginya anugerah Allah ini paling agung dan tidak ada bandingnya.

6. Di Terengganu juga, seorang hamba Allah telah menerima wasiat ini dari orang yang tidak dikenali lalu beliau tidak mengindahkannya. Beliau mengatakan yang ianya bohong belaka dan sengaja diada-adakan untuk menakut-nakutkan orang yang membacanya. Beberapa hari kemudian dia telah mendapat penyakit yang ganjil dan penderitaannya amat menyedihkan. Setelah 3 minggu mendapat rawatan rapi di hospital, penyakitnya masih disimpannya lalu menyuruh sepupunya mencetak 20 salinan dan diedarkan kepada orang lain. Seminggu kemudian barulah beliau sembuh sehingga sekarang.

Banyak lagi contoh-contoh orang menerima wasiat ini dan tidak mempercayainya dan tidak mengedarkannya atau menyampaikannya kepada orang lain di mana mereka mendapat malapetaka. Setelah kejadian yang menggembirakan dan menakutkan ini, anda jangan lupa mencetak 20 salinan wasiat ini dan disebarkan kepada orang lain dalam masa 90 jam dari masa anda menerima wasiat ini anda akan memperolehi sesuatu dari ALLAH YANG MAHA ESA."
http://www.youtube.com/watch?v=q727YaEhR54 

Ombak Rindu Instrumental (rekorder, flute, dan gitar cover)

Thursday, December 15, 2011

most distant goal in history

AMARAN! JANGAN GUNA MINYAK MASAK LEBIH DARIPADA SEKALI!!

Alamak….

rasanya amalan ulang pakai minyak masak dah biasa praktikkan di kalangan suri rumah…dah biasa nampak..tapi bila baca kenyataan ni amatlah mengejutkan…jika benar, beritahulah isteri,ibu atau pembantu rumah agar x gunakan minyak masak tu berulang kali..risikonya amat merbahaya….baca ni….


PETALING JAYA: Pusat Racun Negara memberi amaran bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.

Pakar runding Pusat Racun Negara, Dr T.Jayabalan berkata, minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari sekali.

“Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.

“Kebanyakan pengguna tidak membuang minyak yang telah digunakan. Mereka menyimpannya di dalam bekas untuk digunakan sekali lagi sebelum dibuang” katanya ketika dihubungi The Star.
Pertubuhan Kajian dan Pembangunan Kualiti Makanan Universiti Kebangsaan Malaysia, Unipeq Sdn Bhd yang menjalankan ujian ke atas 19 jenama minyak masak mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menggunakan minyak masak dalam bungkusan 1 kilogram.

“Berdasarkan piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia, minyak masak itu tidak sihat,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Siti Noor Baiyah Abdul Malek.


Sunday, December 11, 2011

Senarai Penuh Pemain-pemain Kedah Untuk Musim 2012

Setelah lama menunggu, akhirnya KFA telah pun mengumumkan senarai rasmi pemain Kedah untuk musim hadapan. maka tamatlah penantian para penyokong Kedah selama ini. Berikut adalah senarai nama pemain-pemain Kedah untuk musim hadapan beserta nombor jersi yang akan dipakai mereka :
JERSI 1:Helmi Eliza Elias(Penjaga Gol)
JERSI 2:Fauzi Nan(Pertahanan)
JERSI 3:Basharul Abu Bakar(Pertahanan)
.JERSI 4:Sany Mat Isa(Pertahanan)
JERSI 5:Danilo Vivaldo(Pertahanan)
JERSI 6:Azmizi Azmi(Pertahanan)
JERSI 7:Baddrol Bakhtiar(Penyerang)
JERSI 8:Amar Rohidan(Tengah)
JERSI 9:Abdul Latiff Suhaimi(Penyerang)
JERSI 10:Daniel Baroni(Tengah)
JERSI 11:Fiqry Mat Isa(Serangan)
JERSI 12:See Kok Luen(Tengah)
JERSI 13:Khairul Helmi Johari(Pertahanan)
JERSI 14: -
JERSI 15:Mohd Kamal Azira(Tengah)
JERSI 16:Fazliata Taib.(Pertahanan)
JERSI 17:V.Thirumurugan(Pertahanan)
JERSI 18:Khyrill Muhymeen Zambri(Penyerang)
JERSI 19:Faizal Abu Bakar(Penyerang)
JERSI 20:Ahmad Basri Abdul Wahid(Tengah)
JERSI 21:Sabree Abu(Pertahanan)
JERSI 22:Abdul Hadi Abdul Hamid(Penjaga Gol)
JERSI 23: -
JERSI 24: -
JERSI 25:Mohd Muhaimin Mohamad(Penjaga Gol)
Semoga dengan pemain-pemain yang Kedah ada ini, Kedah mampu mencipta kejutan pada musim hadapan. Harapan penyokong Hijau Kuning ini untuk melihat pasukan Kedah membawa pulang sekurang-kurangnya satu piala pada musim hadapan akan tercapai dengan pemain-pemain ini.
PULUN KEDAH PULUN!

 

Friday, December 9, 2011

Muhamad Nazmi Faiz Mansor

   Sejak Sukan Sea yang lalu, keringat Muhamad Nazmi Faiz Mansor atau lebih dikenali sebagai Nazmi kerap digunakan. Bukan niat untuk menafikan hak Nazmi untuk beraksi bersama skuad Harimau Muda, tetapi bimbang ke atas pretasinya untuk jangka panjang. Dapat diandaikan sekarang Nazmi amat berpengaruh dalam pasukan Harimau Muda. Skuad Harimau Muda seolah-olah tidak dapat beraksi dengan penuh keyakinan tanpa kelibat anak muda berusia 17 tahun ini. 

   Tidak dapat dinafikan kelibat dan keringat Nazmi banyak membantu skuad Harimau Muda semasa beraksi menentang Bahrin dan Syria baru-baru ini. namun kita perlu memikirkan untuk jangka masa yang panjang. jika keringatnya digunakan tanpa henti untuk membantu skuad negara mahupun skuad Harimau Muda, lama-kelamaan akan memberi kesan ke atas prestasi Nazmi. 

   Sebetulnya kita perlu mencari lebih ramai yang dapat beraksi seperti Nazmi, bukan hanya bergantung harap pada prestasinya sahaja. pada pendapat penulis, bakat yang ada ada anak muda ini tidak patut dipersiakan dan FAM perlu memainkan peranan untuk menghantar anak muda dari negara kita yang berpotensi untuk menimba pengalaman beraksi diluar negara. contohnya menjalin kerjasama dengan Cardiff City ataupun Queen Park Rangers (QPR) yang kedua-duanya dimiliki oleh ahli perniagaan negara kita. Peluang yang ada tidak patut dipersiakan dan pada masa inilah kita patut menghantar anak muda kita yang berpotensi dan berbakat besar dalam bola sepak untuk menjalani latihan dan seterusnya dapat beraksi dengan pasukan tersebut mahupun pasukan luar lain pada satu hari nanti. untuk makluman, apa yang difahami penulis disini, jika anak muda kita menjadi sebahagian daripada skuad sesebuah kelab di England, secara automatiknya dapat beraksi di sana apabila sudah meningkat usia nanti.





SENARAI NAMA PEMAIN KEDAH MUSIM 2012

   Berikut antara nama-nama yang disebut akan mewakili Kedah pada musim depan. Namun pengesahan untuk senarai sebenar pasukan Kedah hanya akan diketahui sabtu ini. 

   Antara nama-nama yang masih dikatakan akan mewakili kedah adalah Abdul Hadi, penyerang Terengganu. Tetapi menurut maklumat yang boleh dipercayai, Abdul Hadi telah pun mengesahkan yang beliau akan terus beraksi bersama pasukan Terengganu. Namun semua teka teki ini akan berakhir pada hari sabtu ini.

   
Sama-samalah kita tunggu pengesahan daripada KFA berkaitan senarai penuh pemain Kedah untuk musim 2012 nanti.