Tidak dapat dinafikan kelibat dan keringat Nazmi banyak membantu skuad Harimau Muda semasa beraksi menentang Bahrin dan Syria baru-baru ini. namun kita perlu memikirkan untuk jangka masa yang panjang. jika keringatnya digunakan tanpa henti untuk membantu skuad negara mahupun skuad Harimau Muda, lama-kelamaan akan memberi kesan ke atas prestasi Nazmi.
Sebetulnya kita perlu mencari lebih ramai yang dapat beraksi seperti Nazmi, bukan hanya bergantung harap pada prestasinya sahaja. pada pendapat penulis, bakat yang ada ada anak muda ini tidak patut dipersiakan dan FAM perlu memainkan peranan untuk menghantar anak muda dari negara kita yang berpotensi untuk menimba pengalaman beraksi diluar negara. contohnya menjalin kerjasama dengan Cardiff City ataupun Queen Park Rangers (QPR) yang kedua-duanya dimiliki oleh ahli perniagaan negara kita. Peluang yang ada tidak patut dipersiakan dan pada masa inilah kita patut menghantar anak muda kita yang berpotensi dan berbakat besar dalam bola sepak untuk menjalani latihan dan seterusnya dapat beraksi dengan pasukan tersebut mahupun pasukan luar lain pada satu hari nanti. untuk makluman, apa yang difahami penulis disini, jika anak muda kita menjadi sebahagian daripada skuad sesebuah kelab di England, secara automatiknya dapat beraksi di sana apabila sudah meningkat usia nanti.

No comments :
Post a Comment