Thursday, December 15, 2011

AMARAN! JANGAN GUNA MINYAK MASAK LEBIH DARIPADA SEKALI!!

Alamak….

rasanya amalan ulang pakai minyak masak dah biasa praktikkan di kalangan suri rumah…dah biasa nampak..tapi bila baca kenyataan ni amatlah mengejutkan…jika benar, beritahulah isteri,ibu atau pembantu rumah agar x gunakan minyak masak tu berulang kali..risikonya amat merbahaya….baca ni….


PETALING JAYA: Pusat Racun Negara memberi amaran bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.

Pakar runding Pusat Racun Negara, Dr T.Jayabalan berkata, minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari sekali.

“Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.

“Kebanyakan pengguna tidak membuang minyak yang telah digunakan. Mereka menyimpannya di dalam bekas untuk digunakan sekali lagi sebelum dibuang” katanya ketika dihubungi The Star.
Pertubuhan Kajian dan Pembangunan Kualiti Makanan Universiti Kebangsaan Malaysia, Unipeq Sdn Bhd yang menjalankan ujian ke atas 19 jenama minyak masak mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menggunakan minyak masak dalam bungkusan 1 kilogram.

“Berdasarkan piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia, minyak masak itu tidak sihat,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Siti Noor Baiyah Abdul Malek.


2 comments :

  1. masyaALLAH.....btol ker ni?xblh jd ni....mohon share utk sebarkan ye.....

    ReplyDelete
  2. astaqfirullah ala'zim.....rupanya minyak masak xblh guna byk kali.......insyaallah saya akan sebarkan hal ni utk kesihatan orang ramai

    ReplyDelete