Thursday, January 6, 2011

Harga minyak 'tidak akan naik'?

    Adakah minyak masak tidak akan naik?melihat pada trend di pasaran ketika ini,adakah betol minyak masak tidak akan naik..boleh dikatakan disemua kedai-kedai runcit tidak mempunyai atau tidak menjual minyak masak..kenapakah semua ini terjadi?adakah peruncit dan pemborong minyak masak ini sengaja menyorok minyak masak untuk memaksa kerajaan menaikkan harga?adalah tidak logik bagi sebuah negara pengeluar terbesar minyak masak tetapi minyak masak tidak mencukupi di dalam pasaran negara...
    hari ini kerajaan yang kononnya menggunakan trademark 'rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan' memberi jaminan bahawa minyak masak tidak akan dinaikkan harga..adakah jaminan ini boleh diterima?adakah jaminan ini dapat betol-betol menjamin minyak masak tidak akan naik?untuk mengetahui sejauhmanakah jaminan ini,kita terpaksalah mengambil pendekatan tunggu dan lihat kerana kebiasaannya apabila kerajaan Bee End mengatakan  'ya',perkara yang sebaliknya pula akan terjadi..maksudnya, memang minyak masak akan dinaikkan harga pula..berikut adalah keratan akhbar berkaitan jaminan kerajaan Bee End....

Kabinet putuskan harga minyak masak tidak naik

PUTRAJAYA - Jemaah Menteri memutuskan harga minyak masak tidak akan dinaikkan buat masa ini.Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu sekali gus menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa harga bahan tersebut akan dinaikkan menjelang sambutan Tahun Baru Cina kelak.
"Sehubungan itu, kepada pengguna yang panik membeli (minyak masak) secara banyak, cukuplah buat kerja itu," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Beliau juga menjelaskan kekurangan minyak masak yang berlaku di sesetengah tempat adalah akibat tindakan sebuah syarikat yang menghentikan penjualan sebanyak 4,000 tan metrik bahan itu pada bulan lepas, selain berlaku penyelewengan dalam kalangan pemborong dan syarikat membungkus semula minyak.

Ini pula satu lagi keratan akhbar.....

KUALA LUMPUR, 6 Jan: Rakyat mungkin menarik nafas lega apabila kerajaan memutuskan harga minyak masak tidak akan dinaikkan buat masa ini.
Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, namun setiap kali janji begitu keluar dari mulut pihak kerajaan, tidak berapa lama sesudah itu harganya akan naik seperti yang berlaku kepada harga minyak petrol.
“Adakah ianya akan berulang kepada harga minyak masak, kita tunggu dan lihat,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu sekali gus menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa harga bahan tersebut akan dinaikkan menjelang sambutan Tahun Baru Cina kelak.
"Sehubungan itu, kepada pengguna yang panik membeli (minyak masak) secara banyak, cukuplah buat kerja itu," katanya kepada pemberita di Putrajaya.
Bagi Khalil, walaupun begitu krisis kekurangan minyak masak berlaku di negara ini, antara pengeluar utama minyak sawit dunia ini agak meruncing dengan mendapat liputan meluas media.
Katanya, sesetengah tempat harga siling yang ditetapkan RM2.50 iaitu harga kawalan yang sekarang telah mencecah RM3.50 sekilogram.
Beliau yang juga Adun Titi Serong berkata, ada alasan bahawa kenaikan itu adalah seiring dengan kenaikan harga kelapa sawit yang mencecah harga tertingginya sejak beberapa minggu lepas.
“Demikianlah pelbagai masalah yang membelit rakyat 1Malaysia dengan slogan rakyat didahulukan, setiap nafas yang disedut dan dihembuskan adalah wajah yang suram dengan tekanan hidup yang akan berterusan selagi BN memerintah Malaysia,” katanya.


    Adakah janji kerajaan yang tidak pernah tepati janji ini benar dan boleh dipercayai...janji-janji ini tidak boloeh dipercayai...rakyat malaysia perlu lah celik mata dan sedar dari mimpi bahawa mereka perlu berubah pada PRU13 nanti....berubahla kepada PR kerana PR lebih konsisten dalam membela nasib kita...


 

No comments :

Post a Comment