Thursday, March 24, 2011

Kedah.....owh Kedah

       
      Apa dah jadi dengan skuad Hijau Kuning ni..Sudahla gagal untuk membawa Azrai Khor Abdullah kembali ke Kedah...Sekarang pengurusan skuad Hijau Kuning sedang berkira-kira untuk memancing ROBERT ALBERTS pulak....Adakah kali ini mereka betul-betul serius untuk mendapatkan bekas pengendali skuad Hijau Kuning pada tahun 1993 ini..

      Jika dilihat kepada keadaan sekarang..Agak mustahil untuk mendapatkan kembali bekas pengendali ini kerana dikhabarkan sekarang beliau sedang melatih sebuah kelab di indonesia....Nampaknya indonesia mengikuti dengan agak rapat juga dengan liga Malaysia kan...Kalau tidak,masakan mereka dapat mengetahui kelebihan ROBERT ALBERTS.

      Tetapi..apa-apapun,bukan hal indon yang ingin kita bincangkan di sini....Tetapi adakah KFA bersungguh-sungguh untuk mendapatkan ROBERT ALBERTS..Adakah merekah telah memulakan usaha untuk mendapatkan ROBERT ALBERTS....Inilah yang menjadi persoalan kepada kita semua....Adakah nama ROBERT ALBERTS hanya dicanang-canang untuk 'menyedapakan' hati para penyokong skuad Hijau Kuning sahaja?

      Ada hal yang lebih penting lagi untuk dibincangkan disini...Adakah KFA bersedia untuk mengeluarkan belanja yang tinggi untuk membayar gaji kepada ROBERT ALBERTS?

      Jika dilihat dari trend bola sepak Kedah......Dapat dilihat bahawa semua ini hanyalah akan menjadi impian dan angan-angan semata-mata kerana KFA jika dilihat dari dahulu lagi tidak langsung bersedia untuk mengeluarkan belanja lebih untuk mendapatkan ataupun untuk mempertahankan seseorang daripada direbut pihak lain.. 

      Apa-apapun,kita sebagai peminat setia dan juga penyokong setia skuad Hijau Kuning mestilah berdoa dan mengharapkan skuad bola sepak Kedah akan kembali mencabar dan mununjukkan taringnya sebagai kuasa bola sepak bukan sahaja di utara tetapi di seluruh Malaysia serta jika diizinkan ALLAH dapat maju serta memberi saingan diperingkat antarabangsa.....

No comments :

Post a Comment