Antara perkara yang meyakinkan ramai pihak bahawa Osama sebenarnya tidak mati adalah daripada foto yang mengambarkan gambar Osama yang telah mati ditembak dikepala oleh tentera AS kerana gambar kematian Osama sama seperti gambar sebelum kematiannya. Adakah apabila seseorang mati, dengan cara mati ditembak dan diserang bertalu-talu dengan senjata tidak akan berubah walau sedikitpun raut wajahnya. Jika dilihat sendiri oleh orang ramai, gambar tersebut nyata menimbulkan keraguan untuk mempercayai tentang kematian Osama.
Tetapi jika benar Osama telah mati dibunuh tentera AS, adakah perlu mayatnya dibuang kelaut? Jika digunakan kewarasan akal fikiran, cara AS untuk menyemadikan mayat yang kononnya Osama itu adalah suatu tindakan yang tidak wajar dilakukan oleh manusia atau golongan manusia yang kononnya mengelarkan diri mereka sebagai yang terhebat di dunia.
Ditambah pula dengan kewujudan Osama yang dipertikaikan umum kerana ramai yang beranggapan bahawa watak Osama hanya direkacipta oleh AS untuk menghalalkan serangan ke atas negara-negara Islam yang diketahui kaya dengan sumber minyak bagi menjamin bekalan minyak kepada AS. Ada yang mengatakan bahawa Osama adalah ejen CIA kerana beberapa bukti gambar Osama ketika menjalani latihan bersama CIA telah tersebar ke merata tempat seluruh dunia.
| gambar ini dikatakan adalah gambar Osama ketika menjalani latihan bersama CIA |
![]() |
| gambar selanjutnya yang mengatakan Osama menjalani latihan dengan CIA |
Atau kematian Osama hanya direka oleh pentadbiran Barrack Obama untuk melanjutkan sokongan terhadapnya kerana pilihanraya President AS telah menjelang tiba. Obama yang diketahui umum sebagai seorang pemimpin yang lemah dan tidak tetap pendirian kerana sebelum menjadi President AS, beliau berjanji untuk berhenti berperang namun tetap berperang dan meneruskan keganasan terhadap orang Islam yang kononnya pengganas.
Apa yang jelas kelihatan adalah Obama saja melaungkan tentang kematian Osama untuk meraih undi pada pilihanraya President AS nanti. Obama telah sedar bahawa beliau memerlukan sesuatu yang dapat memberi impak yang positif kepada rakyat AS untuk terus memberikan undi kepadanya untuk terus menerajui kerajaan dan helah yang hanya dapat difikirkan oleh Obama hanyalah dengan menyatakan kepada rakyat AS dan khasnya dunia bahawa Osama Laden telah tewas kepada AS. Adakah AS adalah sebagai sebuah negara yang berteknologi tercanggih di dunia memerluka masa selama lebih kurang dua dekad sebelum menewaskan Osama, seorang manusia biasa. Apa-apa pun kita tunggu lah kerana akan ada lagi pendedahan yang akan mengemparkan dunia selepas ini!


No comments :
Post a Comment